Filipina catat 20,745 kes baharu

MANILA 13 Sept. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 20,745 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 2,248,071.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan jumlah kematian meningkat kepada 35,307 orang selepas 163 lagi meninggal dunia.

Sementara itu kes sembuh juga menunjukkan peningkatan selepas 22,290 lagi pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan 2,032,471 orang atau 90.4 peratus.

Kes aktif pula sebanyak 180,293 atau 8.0 peratus.

Related posts

Leave a Comment