Delta varian dominan Sarawak

KUCHING 13 Sept. – Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengesahkan varian Delta menjadi varian dominan yang menjangkiti pesakit Covid-19 di Sarawak.

Pengarah IHCM, Prof Dr David Perera, berkata pada 31 Ogos lalu, sejumlah 303 varian yang membimbangkan (VOC) tambahan dikesan daripada 307 kes positif.

Beliau berkata, semua VOC itu adalah varian Delta (B.1.617.2), dengan keseluruhan yang dikesan pada kadar 99 peratus dan ia mewakili peningkatan daripada 82 peratus yang dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos lalu.

Katanya, data hasil penjujukan genom pada varian SARS-COV 2 itu menunjukkan varian Delta adalah varian dominan yang sudah tersebar luas di Sarawak pada masa ini.

Prof Perera berkata demikian dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Douglas Uggah, hari ini.

Beliau berkata, varian Delta dikesan 100 peratus di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang.

Bahagian Sibu dan Kapit pula mencatatkan 97 peratus, manakala bahagian Bintulu 98 peratus.

Related posts

Leave a Comment