Thailand rancang buka sempadan

BANGKOK 13 Sept. – Thailand yang merekodkan 12,583 kes jangkitan Covid-19 hari ini merancang membuka semula Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai.

Timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun berkata, cadangan pembukaan semula pada bulan depan (Oktober ) itu adalah bagi menghidupkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik.

Dalam taklimat harian Covid-19 hari ini, beliau berkata, pembukaan semula itu adalah bagi pengunjung yang lengkap vaksin

Pada masa yang sama sebagai persediaan untuk membuka semula pintu sempadan kepada pellancong, Thailand merancang sekurang-kurangnya 50 peratus populasi di Bangkok dan 76 wilayah menerima suntikan vaksin menjelang bulan depan.

Katanya, warga emas, individu yang menghidap tujuh jenis penyakit, wanita hamil dan rakyat Thailand berumur antara 12 hingga 18 tahun akan diberi vaksin.

“Kumpulan ini akan menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Universiti Navamindradhiraj di daerah Dusit, mulai 21 September,” katanya.

Sementara itu, Thailand merekodkan 12,583 kes baharu termasuk 11 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,394,756 manakala 132 kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 14,485.

Kes sembuh pula meningkat kepada 1,248,158  berikutan 16,304 lagi dilaporkan pulih manakala 132,113 sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment