Dua kematian 126 kes baharu

BERAKAS 4 Sept. – Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 12 kematian sejak pandemik itu dilaporkan di Brunei Darussalam, kata Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar. Kematian pertama melibatkan seorang lelaki berumur 50 tahun dan mengalami masalah jangkitan paru-paru setelah dijangkiti Covid-19 manakala kes kedua,  lelaki berumur 76 tahun yang punca kematian bagi kes ini masih dalam siasatan. Dr. Md. Isham pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 di Brunei Darussalam juga memaklumkan 126 kes baharu Covid-19 disahkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat…

Read More

Kes di Arab Saudi turun kepada 138

RIYADH 4 Sept. – Selepas merekodkan 174 kes jangkitan Covid-19 semalam, Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes harian kepada 138 berbanding 500 kes empat minggu lalu menjadikan jumlah keseluruhan 545,123. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh 24 jam juga, tujuh lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 8,572 kematian. Dalam tempoh yang sama sebanyak 211 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 533,843 orang pulih sementara kes aktif pula 2,708 di mana 750 dalam keadaan kritikal. Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 43 kes diikuti Makkah 25, daerah Timur 14 dan Madinah…

Read More

259 kes harian tertinggi Singapura

SINGAPURA 4 Sept. –  Sebanyak 253 kes jangkitan tempatan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12  tengah hari ini, jumlah harian tertinggi direkodkan sejak 6 Ogos 2020. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pada p masa yang sama enam kes import turut dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 68,469 kes. Daripada 253 kes tempatan, sebanyak 116 kes tidak berhubung kait dengan kes terdahulu, 84 terkait dengan kes-kes lalu dan dikuarantin manakala 53 kes jangkitan yang berkait dengan kes-kes terdahulu dikesan menerusi ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu itu, dua melibatkan warga…

Read More

19,057 kes 362 kematian

PUTRAJAYA 4 Sept. – Malaysia merekodkan 19,057 lagi kes jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kumulatif kini 1,824,439, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, 10 adalah kes import melibatkan empat warganegara dan enam bukan warganegara manakala 19,047 kes tempatan membabitkan 16,784 warganegara dan 2,263 bukan warganegara. Menurut Dr. Noor Hisham, sebanyak 405 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5 manakala 18,652 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Secara keseluruhan, 8,544 kes (44.8 peratus) daripada jumlah…

Read More

Thailand catat 15,942 kes

BANGKOK 4 Sept. – Thailand hari ini merekodkan 15,942 kes Covid-19 dan 257 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,265,082 kes dan 12,631 orang meninggal dunia. Sebanyak 15,665 kes melibatkan orang awam termasuk enam kes import dan 277 lagi melibatkan banduan. Semalam, 20,351 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 1,097,317. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Bangkok merekodkan kematian tertinggi dengan 57 kes manakala 72 lagi di wilayah berhampiran iaitu Pathum Thani (21), Samut Prakan (20), Samut Sakhon (20), Nakhon Pathom (10) dan Nonthaburi (1). Bangkok juga…

Read More

Filipina catat 20,741 kes harian

MANILA 4 Sept. – Filipina hari ini merekodkan 20,741 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,061,084 kes. Setakat pukul 4 petang hari ini, Jabatan Kesihatan (DoH) juga mencatatkan 189 orang meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 34,062 kematian. Menurut DoH, kes sembuh pula menunjukkan peningkatan kepada 21,962 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,869,376 atau 90.7 peratus pulih. Sementara itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte menarik balik larangan Covid-19 ke atas pelawat dari 10 negara termasuk India, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia mulai 6 September ini. Menurut jurucakap presiden,…

Read More

Lapan negeri masih 4 angka

PUTRAJAYA 4 Sept – Tidak banyak berubah. Lapan negeri masih merekodkan empat angka walaupun jumlah keseluruhan kes harian negara hari ini 19,057 turun sedikit berbanding 19,378 yang direkodkan semalam. Selangor masih mendahului negeri lain dengan 3,775 berbanding 3,613 semalam sementara Melaka mencapai angka keseluruhan 50,011 kes sementara Perlis pula merekodkan 99 kes, meningkat daripada 80 semalam. Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 2,723 kes berbanding 2,464 semalam diikuti Sabah 2,279 (2,404) dan Johor 2,077 (2,331) Pulau Pinang mencatatkan 1,558 berbanding 1,726 semalam, Perak 1,450 (1,389), Kelantan 1,434 (1,356) dan Kedah…

Read More

Mu juga sudah sampai Hong Kong

HONG KONG: Penguasa kesihatan Hong Kong mengesan varian Mu Covid-19 pada tiga individu yang tiba di wilayah khas China itu baru-baru ini. Dua daripada mereka tiba dari Colombia manakala seorang lagi tiba dari Amerika Syarikat pada Jun dan Julai lalu. Varian baharu koronavirus itu bagaimanapun tidak menular dalam kalangan masyarakat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telahpun mengisytiharkan varian Mu sebagai “varian yang perlu diberi perhatian” atau VOI – iaitu yang kelima dipantau setakat ini. Ketika ini, masih tidak jelas sama ada vaksin Covid-19 menyediakan perlindungan sepenuhnya terhadap mutasi koronavirus itu. Kes…

Read More

Muhyiddin Pengerusi MPN taraf menteri

PUTRAJAYA 4 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri, kata Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali. Beliau berkata, pelantikan berkenaan sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September lalu bersetuju untuk melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf Menteri. “Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat…

Read More

Korban pertama Delta di New Zealand

AUCKLAND 4 Sept. – New Zealand melaporkan kematian pertama akibat Covid-19  dan 20 kes baharu tempatan varian Delta yang amat mudah dijangkiti menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif 751 kes. Menurut pihak berkuasa kesihatan, pesakit wanita yang meninggal dunia itu adalah dalam lingkungan usia 90an dan menghidap beberapa penyakit lain. Kesemua kes baharu dikesan di Auckland, pusat penularan yang terkini manakala 54 kes dilaporkan sembuh. Tidak termasuk beberapa kes pada Februari lalu, New Zealand rata-ratanya bebas koronavirus hinggalah penularan varian Delta menyebabkan Perdana Menteri Jacinda Ardern mengarahkan sekatan pergerakan dilaksanakan bulan…

Read More