Mu juga sudah sampai Hong Kong

HONG KONG: Penguasa kesihatan Hong Kong mengesan varian Mu Covid-19 pada tiga individu yang tiba di wilayah khas China itu baru-baru ini.

Dua daripada mereka tiba dari Colombia manakala seorang lagi tiba dari Amerika Syarikat pada Jun dan Julai lalu.

Varian baharu koronavirus itu bagaimanapun tidak menular dalam kalangan masyarakat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telahpun mengisytiharkan varian Mu sebagai “varian yang perlu diberi perhatian” atau VOI – iaitu yang kelima dipantau setakat ini.

Ketika ini, masih tidak jelas sama ada vaksin Covid-19 menyediakan perlindungan sepenuhnya terhadap mutasi koronavirus itu.

Kes jangkitan pertama melibatkan varian Mu dikesan di Colombia pada Januari lalu.

Ia sudahpun merebak ke lebih 39 lokasi dan menurut para pakar, sekitar 4,500 orang di merata dunia dijangkiti varian tersebut.

Related posts

Leave a Comment