Filipina catat 20,741 kes harian

MANILA 4 Sept. – Filipina hari ini merekodkan 20,741 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,061,084 kes.

Setakat pukul 4 petang hari ini, Jabatan Kesihatan (DoH) juga mencatatkan 189 orang meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 34,062 kematian.

Menurut DoH, kes sembuh pula menunjukkan peningkatan kepada 21,962 orang menjadikan jumlah keseluruhan 1,869,376 atau 90.7 peratus pulih.

Sementara itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte menarik balik larangan Covid-19 ke atas pelawat dari 10 negara termasuk India, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Indonesia mulai 6 September ini.

Menurut jurucakap presiden, larangan tersebut diperkenalkan pada April dan diperluaskan kepada lebih banyak negara pada Julai bagi mencegah penularan varian Delta yang amat mudah berjangkit.

Para pelawat dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Nepal, UAE, Oman, Thailand, Malaysia dan Indonesia perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik tiba di negara ini.

Related posts

Leave a Comment