259 kes harian tertinggi Singapura

SINGAPURA 4 Sept. –  Sebanyak 253 kes jangkitan tempatan baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12  tengah hari ini, jumlah harian tertinggi direkodkan sejak 6 Ogos 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pada p masa yang sama enam kes import turut dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 68,469 kes.

Daripada 253 kes tempatan, sebanyak 116 kes tidak berhubung kait dengan kes terdahulu, 84 terkait dengan kes-kes lalu dan dikuarantin manakala 53 kes jangkitan yang berkait dengan kes-kes terdahulu dikesan menerusi ujian pemantauan.

Dalam kalangan kes baharu itu, dua melibatkan warga emas berusia atas 70 tahun yang belum divaksin sama sekali atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk.

Sementara itu terdapat enam kes import dengan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Empat kes import dikesan sejurus tiba di Singapura manakala baki dua kes mengalami penyakit itu ketika menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Related posts

Leave a Comment