Thailand catat 15,942 kes

BANGKOK 4 Sept. – Thailand hari ini merekodkan 15,942 kes Covid-19 dan 257 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,265,082 kes dan 12,631 orang meninggal dunia.

Sebanyak 15,665 kes melibatkan orang awam termasuk enam kes import dan 277 lagi melibatkan banduan.

Semalam, 20,351 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 1,097,317.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Bangkok merekodkan kematian tertinggi dengan 57 kes manakala 72 lagi di wilayah berhampiran iaitu Pathum Thani (21), Samut Prakan (20), Samut Sakhon (20), Nakhon Pathom (10) dan Nonthaburi (1).

Bangkok juga merekodkan kes harian tertinggi dengan 3,835 kes.

Sementara itu enam kes import melibatkan ketibaan dari Kemboja (3) dan Malaysia (3).

Setakat Jumaat, 155,134 menerima rawatan di hospital di mana 4,741 dalam keadaan kritikal di mana 1,004 bergantung kepada bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment