Kes di Arab Saudi turun kepada 138

RIYADH 4 Sept. – Selepas merekodkan 174 kes jangkitan Covid-19 semalam, Arab Saudi terus mencatatkan penurunan kes harian kepada 138 berbanding 500 kes empat minggu lalu menjadikan jumlah keseluruhan 545,123.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh 24 jam juga, tujuh lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada 8,572 kematian.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 211 pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 533,843 orang pulih sementara kes aktif pula 2,708 di mana 750 dalam keadaan kritikal.

Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan 43 kes diikuti Makkah 25, daerah Timur 14 dan Madinah 10.

Related posts

Leave a Comment