Ahmad Sarji pemimpin pelbagai bidang

Dipetik dari bebasnews.my KUALA LUMPUR — Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Cheras akibat komplikasi Covid-19 pada 1.40 pagi, 28 Ogos 2021. Ahmad Sarji, 82, dimasukkan ke wad hospital berkenaan juga dikenali sebagai HUKM, pagi 3 Ogos 2021 apabila didapati positif wabak itu dan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dua hari kemudian. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Toh Puan Sagiyah Salikin dan lima anak. Ahmad Sarji yang menyertai perkhidmatan awam sebagai timbalan kepada Penolong Pegawai Daerah di Klang pada tahun 1961 berkhidmat…

Read More

Lonjakan KLCI selepas umum Kabinet

KUALA LUMPUR: Pasaran ekuiti tempatan terus memecah rekod tertinggi dalam tempoh dua bulan ini sehingga hampir mencecah paras 1,600 selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan Kabinet baharu. Indeks utama, FBM KLCI yang memulakan dagangan lebih rendah pagi semalam berjaya ditutup 4.42 mata lebih tinggi kepada 1,590.16 daripada paras penutupan pada Khamis, 1,585.74. DagangNews.com melaporkan, pergerakan menaik penanda aras pasaran itu didorong oleh sektor tenaga dan penjagaan kesihatan serta indeks hijrah dan syariah di bursa tempatan. Bagaimanapun, prestasi dagangan secara keseluruhannya agak negatif apabila jumlah kaunter rugi mengatasi jumlah…

Read More

Kerajaan Malaysia bukan lagi PN

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi memutuskan kerajaan perlu terus menggunakan jenama “Keluarga Malaysia” dan “Kerajaan Malaysia”,  bukan lagi menggunakan “Kerajaan Perikatan Nasional” . Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), Parti Perikatan Nasional (PPBM, Pas dan STAR), GPS dan PBS. Katanya, UMNO mendukung pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan dan akan membantu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden 1 UMNO itu, bagi memastikan kelancaran perjalanan…

Read More

SakCu pelitup antimikrob

MEXICO CITY: Sebuah universiti melalui institut kajian bahan mencipta pelitup  muka dengan lapisan nano perak dan tembaga yang meneutralkan SARS-CoV-2, iaitu virus yang menyebabkan Covid-19. Para pengkaji National Autonomous University of Mexico (UNAM) memberi nama SakCu bagi pelitup muka antimikrob dengan tiga lapisan itu; Sak bermaksud perak dalam bahasa Maya dan Cu adalah simbol kimia bagi tembaga. Menurut warta rasmi universiti itu, untuk menguji pelitup itu, para penyelidik mengambil titisan mengandungi virus daripada pesakit positif Covid-19 di Hospital Juarez di Mexico dan meletakkannya pada lapisan perak-tembaga yang disimpan dalam polipropilena.…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.01

PUTRAJAYA 28 Ogos – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia semalam adalah 1.01, selepas bertahan pada 1.02 selama tiga hari berturut-turut. Hanya Pahang menyamai purata kebangsaan sementara sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan. Sarawak mendahului dengan 1.23 diikuti Perlis 1.21, Sabah 1.18, Pulau Pinang 1.13, Johor 1.08, Kelantan 1.06, Perak 1.06, Kedah 1.04 dan Terengganu 1.03. Lima negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Melaka 0.99, Selangor 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.83, Negeri Sembilan 0.79 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.78 Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat…

Read More

115 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 27 Ogos – Brunei Darussalam hari ini merekodkan 115 lagi kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk tiga kes import menjadikan jumlah keseluruhan 2,380. Menteri Kesihatan, Dr Mohd Isham Jaafar berkata, satu lagi kluster dikesan, dikenali sebagai Kluster 2262 yang merekodkan enam kes. Ini merupakan Kluster aktif yang ke-43. Bercakap pada sidang media situasi terkini Covid-19, beliau memaklumkan sebanyak 48 kes baharu melibatkan 13 kluster sedia ada. Kes melibatkan individu yang dikuarantin selepas menjadi kontak rapat kes sementara 59 kes masih dalam siasatan untuk mencari punca jangkitan. Sebanyak 35…

Read More

Kes di Filipina meningkat 1,916,461

MANILA 27 Ogos – Filipina setakat ini merekodkan 1,916,461 kes jangkitan Covid-19 termasuk 17,447 kes yang dilaporkan hari ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah kematian meningkat kepada 32,841 orang selepas 113 lagi dilaporkan meninggal dunia. Pada masa yang sama, DoH juga merekodkan 6,771 pesakit sembuh yang membawa kepada 1,741,089 orang atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes. Kes aktif pula sebanyak 142,531 atau 7.4 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu Filipina dijangka menerima kira-kira 50 juta dos vaksin dalam tempoh September hingga Disember tahun ini yang memberi…

Read More