Kadar kebolehjangkitan 1.01

PUTRAJAYA 28 Ogos – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia semalam adalah 1.01, selepas bertahan pada 1.02 selama tiga hari berturut-turut.

Hanya Pahang menyamai purata kebangsaan sementara sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Sarawak mendahului dengan 1.23 diikuti Perlis 1.21, Sabah 1.18, Pulau Pinang 1.13, Johor 1.08, Kelantan 1.06, Perak 1.06, Kedah 1.04 dan Terengganu 1.03.

Lima negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu

Melaka 0.99, Selangor 0.96, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.83, Negeri Sembilan 0.79 dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.78

Wilayah Persekutuan Labuan pula mencatat lapan kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment