Lonjakan KLCI selepas umum Kabinet

KUALA LUMPUR: Pasaran ekuiti tempatan terus memecah rekod tertinggi dalam tempoh dua bulan ini sehingga hampir mencecah paras 1,600 selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan Kabinet baharu.

Indeks utama, FBM KLCI yang memulakan dagangan lebih rendah pagi semalam berjaya ditutup 4.42 mata lebih tinggi kepada 1,590.16 daripada paras penutupan pada Khamis, 1,585.74.

DagangNews.com melaporkan, pergerakan menaik penanda aras pasaran itu didorong oleh sektor tenaga dan penjagaan kesihatan serta indeks hijrah dan syariah di bursa tempatan.

Bagaimanapun, prestasi dagangan secara keseluruhannya agak negatif apabila jumlah kaunter rugi mengatasi jumlah kaunter untung, pada perbandingan 620 daripada 393, dengan 445 kaunter tidak berubah serta 801 lagi tidak didagangkan.

Menurut HLIB Research, tidak mustahil untuk FBM KLCI kembali berlegar dalam julat 1,600 hingga 1,615 berdasarkan peningkatan dalam pembelian ekuiti oleh pelabur asing ekoran risiko politik negara yang mula mereda.

Ini juga dipacu oleh kelonggaran sekatan pergerakan dalam pelbagai sektor ekonomi selain kadar vaksinasi yang meyakinkan, jelas firma itu dalam nota penyelidikannya, pada Jumaat.

Related posts

Leave a Comment