Kadar kebolehjangkitan kekal 1.01

PUTRAJAYA 30 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini kekal pada  1.01 semalam (Ahad) untuk hari ketiga berturut-turut.

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang mencatat kadar tertinggi dengan 1.24.

Ini diikuti Perlis 1.20, Sabah 1.14, Pulau Pinang 1.10, Johor 1.07, Terengganu 1.07, Perak 1.05, Kelantan 1.05 dan Kedah 1.04.

Enam negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan.iaitu

Pahang dan Melaka masing-masing 0.98, Selangor 0.94, Kuala Lumpur 0.83, Negeri Sembilan 0.79 dan Putrajaya 0.86.

Labuan pula mencatat dua kes baharu.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment