Kes jangkitan bawah 300

RIYADH 30 Ogos – Selepas merekodkan 208 kes semalam, kes baharu Covid-19 hari ini naik sedikit, 221 kes menjadikan jumlah keseluruhan 544,225 Menurut Kementerian Kesihatan, tujuh lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 8,539 orang. Sejumlah 386 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 532,512 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 66 kes diikuti Makkah 36, Timur 21, dan Jazan 20 . Sebanyak 3,174 kes aktif dilaporkan dan 927 dalam keadaan kritikal..

Read More

Brunei catat 76 kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 30 Ogos – Brunei Darussalam merekodkan 76 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,641. Menteri Kesihatan,  Dr Md Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu direkodkan dikenali sebagai Kluster 1848. Kluster ini merekodkan 14 kes di mana empat kes baharu dikesan hari ini sementara yang lain dilaporkan sebelum ini sebagai kes tanpa diketahui sumber jangkitan. Terdapat 27 kes tambahan yang dikaitkan dengan tujuh kluster yang masih aktif yang melibatkan mereka yang dikuarantin dan kontak kes yang disahkan. Pada masa yang sama masih ada 45 kes yang masih…

Read More

Kes jangkitan harian turun

PUTRAJAYA 30 Ogos – Sebanyak 19,268 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, angka yang menunjukkan penurunan berbanding 20,579 kes yang direkodkan semalam.. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,725,357 sementara kes aktif pula 265,713. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 19,252 kes tempatan yang melibatkan 16,662 warganegara dan 2,590 bukan warganegara sementara 16 kes import melibatkan empat warganegara dan 12 bukan warganegara. Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 399 kes (2.1 peratus) adalah daripada kategori 3,…

Read More

Kes tempatan tertinggi di Singapura

SINGAPURA 30 Ogos – Kes jangkitan Covid-19 di  Singapura menunjukkan peningkatan apabila 147 kes tempatan baharu dan lapan kes import dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 67,459 kes. Jumlah jangkitan dalam masyarakat dan bilangan kes Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi di Singapura sejak 22 Julai. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 52 kes tempatan tiada hubung kait, 53 kes terkait dengan kes-kes terdahulu dan sudahpun dikuarantin dan 42 lagi kes berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Dalam kalangan kes baharu itu, seorang individu berusia 70 tahun…

Read More

Filipina catat kes harian tertinggi

MANILA 30 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 22,366 kes jangkitan Covid-19, angka tertinggi yang direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,976,202. Rekod tertinggi sebelum ini direkodkan pada Sabtu 28 Ogos lalu sebanyak 19,441 kes. Sebanyak 16,864 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 1,794,278 orang pulih atau 90.8 peratus daripada keseluruhan kes. DoH juga melaporkan sehingga pukul 4 petang ini, sebanyak 222 lagi meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 33,330 kematian manakala kes aktif pula sebanyak 148,594.

Read More

Semua negeri ada kes baharu

PUTRAJAYA 30 Ogos – Semua negeri merekodkan kes baharu Covid-19 dengan Selangor mendahului negeri-negeri lain sementara Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor menunjukkan peningkatan manakala Labuan yang kekal dengan dua kes. Lapan negeri mencatatkan kes empat angka dengan didahului Selangor yang merekodkan 3,567 kes, kali pertama di bawah 4,000 berbanding 4,591 semalam. Kali terakhir Selangor rekodkan kes bawah 4,000 adalah pada 7 Julai 2021. Empat negeri merekodkan lebih 2,000 kes didahului Sabah yang merekodkan 2,310 berbanding 2,578 semalam diikuti Johor 2,265 (1,852), Kedah 2,084 (1,755) dan Sarawak 2,028 (2,522). Pulau…

Read More

Thailand tunjuk penurunan kes

BANGKOK 30 Ogos – Thailand terus menunjukkan penurunan kes jangkitan harian Covid-19 apabila merekodkan 15,972 kes hari ini berbanding 16,536 semalam,  17,984 pada 28 Ogos dan 18,702 pada 27 Ogos. Pada masa yang sama, sebanyak 256 lagi kematian akibat Covid-19 direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,399 manakala jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada 1,190,063. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,692 adalah berkaitan orang awam dan 280 lagi dalam kalangan banduan Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 79 kematian dilaporkan di Bangkok dan 61 lagi dari wilayah berhampiran iaitu…

Read More

Menteri, timbalan angkat sumpah

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Turut hadir di Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Mereka diumum menganggotai saf pentadbiran kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Jumaat lalu, yang terdiri daripada 31 menteri termasuk empat menteri kanan serta 38 timbalan menteri.  Perdana Menteri, yang dijadual hadir,…

Read More

14,648,590 lengkap dua dos

PUTRAJAYA 30:Ogos – Sebanyak 62.6 peratus atau 14,648,590 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 manakala 82.8 peratus atau 19,389,392 orang adalah penerima dos pertama. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat semalam jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 34,027,548 dos. Semalam,  jumlah pemberian vaksinasi harian adalah sebanyak 302,804 dos membabitkan 142,186 dos pertama dan 160,618 dos kedua. Labuan terus merekodkan jumlah pemberian dos vaksin tertinggi dengan 93.2 peratus atau 63,830 orang daripada populasi dewasa…

Read More