Tingkat vaksinasi bukan penggalak

PUTRAJAYA 26 Ogos – Tingkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.

Itu kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berhubung dos penggalak (booster dose).

Melalui kenyataan facebooknya, beliau berkata pemberian dos ketiga kepada mereka yang telah lengkap divaksinasi tidak membantu mengawal penularan varian Delta.

Katanya, yang dapat mengawal penularan varian Delta adalah untuk memberi vaksin kepada mereka yang belum divaksinkan.

“Kita mesti meningkatkan liputan vaksin dalam negara terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan dos penggalak.Tiada sesiapa yang selamat sehingga semua orang selamat,” katanya.

Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak keperluan untuk memberi suntikan penggalak vaksin COVID-19 dalam memastikan keberkesanan pelalian itu.

Jelasnya, pemberian dos berkenaan bagaimanapun perlu dipertimbangkan secara menyeluruh terlebih dahulu.

Beberapa negara telah mula memberikan suntikan dos ketiga untuk meningkatkan perlindungan imunisasi terhadap koronavirus.

Related posts

Leave a Comment