Kadar kebolehjangkitan kekal 1.02

PUTRAJAYA 26 Ogos – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt semalam, Rabu kekal 1.02 untuk dua hari berturut-turut.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Perlis dan Sarawak mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.22.

Ini diikuti Sabah 1.21, Pulau Pinang 1.12, Perak 1.09, Kelantan 1.08, Kedah 1.08 dan Johor 1.05.

Enam negeri merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Pahang 1.0, Melaka 0.99, Selangor 0.95, Kuala Lumpur 0.87, Negeri Sembilan 0.82 dan Putrajaya 0.80.

Labuan pula mencatatkan empat kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment