Vietnam minta penduduk duduk rumah

HO CHI MINH 23 Ogos –  Vietnam mengenakan sekatan penutupan yang lebih ketat selama dua minggu bermula hari ini berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Penduduk di bandar Ho Chi Minh yang berpopulasi 10 juta diminta untuk terus kekal tinggal di rumah, begitu di kawasan berisiko.

Semalam, Vietnam merekodkan jumlah kematian harian tertinggi, 737 orang akibat wabak Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 8,277 kematian.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan, sebanyak 11,000 kes baharu dikesan semalam dengan kebanyakan kes di bandar Ho Chi Minh dan wilayah Binh Duong.

Ho Chi Minh telah ditutup sejak bulan Jun dengan perhimpunan awam dilarang dan hanya perniagaan penting dibenarkan beroperasi.

Vietnam ketika ini dilanda lonjakan kes baharu Covid-19 dan lebih daripada separuh negara ditutup untuk mengekang virus berkenaan.

Kerajaan Vietnam menghantar pasukan ke kota Ho Chi Minh untuk membantu menyampaikan makanan dan bantuan kepada isi rumah.

Related posts

Leave a Comment