PM mula tugas di Putra Perdana

PUTRAJAYA 23 Ogos – Perdana Menteri  Ismail Sabri Yaakob memulakan tugasnya di Pejabat Perdana Menteri hari ini, Isnin sejurus tiba di  Bangunan Putra Perdana pukul 8.30 pagi.

Beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM)  Jamil Rakon.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Peguam Negara Idrus Harun, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Affendi Buang.

Ismail Sabri diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-9.

Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Ismail Sabri dibawa ke pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan lawatan kerja rasmi pertamanya ke daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah, hari ini.

Related posts

Leave a Comment