Kluster Utama catat 132 kes

𝗦𝗧𝗔𝗧𝗨𝗦 π—§π—˜π—₯π—žπ—œπ—‘π—œ π—žπ—Ÿπ—¨π—¦π—§π—˜π—₯ 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔

KLUSTER ini mula dilaporkan pada 10 Oktober 2020 yang melibatkan daerah Gombak, Petaling dan Hulu Langat diΒ  Selangor serta daerah Alor Gajah,Β  Melaka. Pada 15 Oktober 2020, sebanyak 105 lagi kes baharuΒ  dikenalpasti dalam kluster ini, menjadikan jumlah kes setakat ini adalah 132 kes (iaitu 131 kes dilaporkan di negeri Selangor serta satu kes dilaporkan di Melaka. Kes-kes ini melibatkan 107 bukan warganegara dan 25 warganegara Malaysia.

Kes indeks bagi kluster ini (Kes ke-15023) adalah lelaki warganegara Nepal berumur 28 tahun yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di daerah Petaling. Kes mula mengalami gejala demam, batuk dan selesema sejak 22 September 2020. Kes dikesan positif Covid-19 pada 8 Oktober 2020 melalui saringan kontak rapat dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sebelum ini KKM mengesyaki kes ke12549 sebagai kes indeks, namun hasil siasatan lanjut mendapati gejala beliau bermula lebih lewat berbanding kes ke-15023. Pecahan bagi 132 kes positif Covid-19 dikesan dalam kluster ini adalah

seperti berikut:

– 87 pekerja keselamatan

– 18 pekerja pembersihan

– 16 pekerja di beberapa premis pusat membeli-belah tersebut;

– 6 pengunjung; dan

– 5 ahli keluarga Kes ke-12549.

Sehingga 15 Oktober 2020, seramai 447 individu disaring, di mana:

– 132 kes dikesan positif Covid-19;

– 269 individu dikesan negatif; dan

– 46 individu masih menunggu keputusan.

Sehubungan itu, pusat membeli belah iniΒ  ditutup 11 sehingga 16 Oktober 2020 bagi proses nyah kuman dan pembersihan. Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif bagi kluster ini masih diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat. Status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh KKM.

Related posts

Leave a Comment