SEPANG 15 Sept. – Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo menggesa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menjelaskan keputusan menghentikan empat pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Katanya, Mohd Dusuki wajar memberikan penjelasan terperinci berhubung permohonan perintah melepas tanpa membebaskan (DNAA) itu yang akhirnya membawa kepada pembebasan Muhyiddin daripada keempat-empat tuduhan. Menteri Digital berkata, ini kerana ketelusan amat penting memandangkan perbicaraan kes berprofil tinggi yang meraih tumpuan awam itu sudah hampir ke penghujungnya. “Keyakinan terhadap Peguam Negara serta integriti sistem keadilan jenayah secara keseluruhan akan terjejas teruk jika…
Read MoreDay: September 15, 2026
RCI TH: Prosiding pertama PAC bermula
KUALA LUMPUR 15 Sept. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini memulakan prosiding pertama berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) bagi meneliti pelaksanaan syor penambahbaikan yang digariskan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu. Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata prosiding pertama yang berlangsung hampir empat jam itu memanggil Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku pihak kementerian yang mengawal selia TH, Ketua Pegawai Eksekutif TH dan pengurusan kanan lembaga berkenaan. Beliau berkata prosiding itu bertujuan mendapatkan penjelasan rasmi dan perkembangan terkini mengenai pelaksanaan syor dalam…
Read MoreIPU tidak sihat di 38 kawasan
PUTRAJAYA 14 Sept . – Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada tahap tidak sihat di 38 kawasan setakat pukul 1 tengah hari ini. Johan Setia mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 186, diikuti Serian (181), Cheras (175), Nilai (173), Shah Alam dan Tangkak, masing-masing (171), Putrajaya dan Seremban, masing-masing (170), Pasir Gudang (168). Batu Muda dan Indera Mahkota Kuantan, masing-masing (165), Klang, Alor Gajah, Larkin serta Kota Tinggi, masing-masing (164), Tanjung Malim, Bukit Rambai dan Batu Pahat pula mencatatkan bacaan 162,…
Read MoreBerita pilihan…
IPU tiga wilayah Singapura merosot
SINGAPURA – Keadaan jerebu berterusan semalam (Isnin) menyebabkan kualiti udara di Singapura terus merosot di mana wilayah Tengah, Barat dan Timur mencatatkan tahap tidak sihat. Menurut data Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA), Indeks Pencemar Udara (IPU) 24 jam di seluruh republik itu berkisar antara 90 hingga 126 setakat 9 malam semalam, dengan wilayah Tengah mencatatkan 126, Timur (111) dan Barat (109). Sementara kualiti udara di kawasan lain kekal pada tahap sederhana, dengan wilayah Utara mencatatkan bacaan 90 manakala Selatan 97. IPU 24 jam menunjukkan kualiti udara harian Singapura dan menjadi…
Read MoreRuncing di hospital, pusat perubatan Gaza
BANDARAYA GAZA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memutuskan untuk menghentikan bekalan diesel kepada lebih 20 hospital dan pusat kesihatan di wilayah terkepung itu berikutan kekurangan dana. Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza Munir al-Bursh, WHO mengumumkan penggantungan bekalan diesel kepada lebih 20 hospital dan pusat kesihatan bermula 19 September akibat kekangan dana. Katanya , langkah itu juga berikutan kekurangan bahan api dan minyak yang ketara, serta kegagalan untuk membekalkan jumlah minimum yang diperlukan bagi mengendalikan hospital dan pusat kesihatan di Semenanjung Gaza. Beliau berkata kuantiti bahan api yang terhad yang…
Read More