Kadar R-naught kekal 1.04

PUTRAJAYA 20 Ogos – Kadar kebolehjangkitan (Ro/Rt) Covid-19 di Malaysia kekal untuk hari ketiga berturut-turut dengan mencatatkan kadar 1.04 sejak Selasa.

Sebanyak 11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan, didahului Perlis yang mencatat kadar tertinggi dengan 1.31.

Ini diikuti Sabah 1.22, Sarawak 1.21, Pulau Pinang 1.19 dan Kelantan 1.14, Kedah 1.12, Perak 1.11, Melaka 1.07, Johor 1.07, Terengganu 1.07 dan Pahang 1.07.

Lembah Kelang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaa iaitu Selangor 1.00, Kuala Lumpur 0.95, Negeri Sembilan 0.94 dan Putrajaya 0.89.

Labuan pula mencatatkan sembilan kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment