31 dikompaun di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Polis menahan 31 individu kerana menganjur serta menyertai perhimpunan di padang Dataran Merdeka, malam tadi.

Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada 17 lelaki dan 14 wanita turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan RM62,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata mereka didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana terbabit dalam perhimpunan bermula pukul  8 malam.

Dalam kenyataan, beliau memberitahu, kesemua individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil kenyataan.

Kumpulan berkenaan didapati ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) yang berhimpun di Dataran Merdeka malam tadi sempena program memperingati mereka yang gugur akibat pandemik Covid-19.

Mereka membakar lilin dan memegang kain rentang putih bertulis ‘Belasungkawa Jiwa-Jiwa Yang Telah Pergi’,” .

Kesemua mereka dikompaun mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Related posts

Leave a Comment