Kes sembuh atasi jumlah positif

JAKARTA 20 Ogos – Kes sembuh terus menunjukkan peningkatan ketika jumlah jangkitan Covid-19 di Indonesia turun atau berada di sekitar 20,000 kes. Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 26,122 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 3,499,037 atau 88.6 peratus. Jawa Timur mencatatkan kes sembuh yang tinggi, 3,347 diikuti Jawa Barat 3,071,  DI Yogyakarta 2,347, Kalimantan Timur 1,434 dan Sumatera Utara 1,311. Sebanyak 20,004 kes positif direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,950,304 orang dengan kes aktif 327,286. Jawa Barat mencatatkan 2,742 kes positif, Jawa Timur 2,508, Sumatera Utara 1,481,, Jawa…

Read More

Arab Saudi catat penurunan kes

RIYADH 20 Ogos – Arab Saudi terus merekodkan penurunan jumlah kes harian Covid-19 apabila merekodkan 458 kes, berbanding 499 semalam. Sebelum ini selama enam hari, angka jangkitan berada di bawah 700, dan sebelum itu sehingga 12 Ogos melebihi 700 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 541,201 dengan kematian 8,458 orang termasuk sembilan yang dilaporkan meninggal hari ini. Sebanyak 753 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 527,189. Riyadh merekodkan 123 kes diikuti daerah Makkah 71, Qassim 45, dan Timur 42 kes jangkitan.…

Read More

Kes harian tertinggi di Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 20 Ogos – Genap dua minggu selepas kes ‘pertama’ setelah 457 hari tanpa kes tempatan, Brunei merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 197 kes menjadikan jumlah keseluruhan 1,333. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar pada sidang media berkata, kenaikan mendadak itu dipengaruhi 106 kes tertunggak yang ujian makmal baru diperoleh  manakala 91 kes dikesan melalui Jabatan Perkhidmatan Makmal Beliau pada masa yang sama mengesahkan satu kematian pesakit berusia 70 tahun belum divaksin .Kematian disebabkan sakit jantung dan tidak dikategorikan sebagai akibat Covid-19.. Mengenai kes hari ini,…

Read More

Tiga hari rekod tertinggi

PUTRAJAYA 20 Ogos – Sama seperti semalam, sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 6,974, turun daripada 7,175 semalam sementara Perlis naik kepada 64 berbanding 42 semalam Sabah mencatatkan 2,738 kes, juga meningkat daripada 2,583 semalam dan Sarawak 2,548 berbanding 1,206 semalam. Peningkatan kes di beberapa negeri termasuk yang memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) menunjukkan perkembangan penularan kes Covid-19 membimbangkan. Perlis yang sebelum ini berstatus negeri hijau, namun pergerakan rentas sempadan dan kelonggaran untuk makan di luar antara punca peningkatan kes di negeri itu.…

Read More

Warga Brunei teranah di rumah

NEGARA Brunei Darussalam (NBD) yang sepi dari Covid-19, tidak seperti jiran-jirannya bagaikan ‘dikejutkan dari tidur’ Apa tidaknya 6 Mei 2020 hari terakhir kes tempatan dilaporkan, 6 Ogos 2021 hari terakhir Covid-19 tempatan ‘bersembunyi’. Esoknya, 7 Ogos, NBD merekodkan tujuh kes tempatan dan angka harian itu terus meningkat sehingga semalam 19 Ogos dengan 190 kes harian. Kini jumlah kumulatif sudah mencapai 1,136. Khabar 7 Ogos itu memang mengejutkan warga NBD yang lebih setahun ‘hidup bebas’ ketika penduduk negara jiran di rantau ASEAN diselubungi kes yang saban hari meningkat sama ada sekadar…

Read More

Singapura lapor 40 kes harian

SINGAPURA: Singapura melaporkan 40 kes jangkitan Covid-19 hari ini iaitu 36 kes tempatan dan empat import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 66,406. Sebanyak 14 kes tempatan tanpa hubung kait dengan kes-kes terdahulu, 19 kes berkait kes sebelumnya dan telah dikuarantin manakala tiga tiga kes yang berhubung kait dikesan melalui ujian pemantauan. Dua kes baharu melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun yang belum divaksinasi atau baru menerima satu dos vaksin. Empat kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di negara ini. Tiga…

Read More

Kes harian tinggi di 9 negeri

PUTRAJAYA 20 Ogos – Sama seperti semalam, sembilan negeri dan wilayah mencatatkan kes empat angka, didahului Selangor dengan 6,974, turun daripada 7,175 semalam sementara Perlis naik kepada 64 berbanding 42 semalam Sabah mencatatkan 2,738 kes, juga meningkat daripada 2,583 semalam dan Sarawak 2,548 berbanding 1,206 semalam. Peningkatan kes di beberapa negeri termasuk yang memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) menunjukkan perkembangan penularan kes Covid-19 membimbangkan. Perlis yang sebelum ini berstatus negeri hijau, namun pergerakan rentas sempadan dan kelonggaran untuk makan di luar antara punca peningkatan kes di negeri itu.…

Read More

PM 9: Kenyataan media Istana Negara

ADALAH dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini. Pada sesi Perbincangan Khas ini, yang berlangsung selama dua jam setengah bermula pada jam 2.30 petang, Seri Paduka Baginda telah berkenan mewasalkan kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu proses pencalonan bakal Perdana Menteri baharu, susulan daripada peletakan jawatan Yang Berhormat Tan Sri Mahiaddin bin Md. Yasin pada 16 Ogos 2021 lalu.…

Read More

Ismail Sabri PM ke-9

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata pelantikan itu selepas baginda menerima surat akuan seramai 114 Ahli Dewan Rakyat sekali gus mencukupi untuk membentuk kerajaan. Menurut kenyataan itu, dari  surat-surat akuan tersebut seramai 114 Ahli Dewan Rakyat telah mencalonkan  Ismail Sabri (Ahli Parlimen Bera) dan jumlah majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan. “Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan…

Read More