Kadar kebolehjangkitan 1.04

PUTRAJAYA 19 Ogos – Selepas trend mendatar pada 1.05 selama lima hari berturut-turut, kadar kebolehjangkitan Covid-19 Ro/Rt di Malaysia kekal pada kadar 1.04 untuk dua hari berturut-turut.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Perlis mencatatkan kadar tertinggi iaitu 1.33

Ini diikuti Sarawak 1.21, Sabah 1.19, Pulau Pinang 1.18 dan Kelantan 1.14. Kedah 1.10, Perak 1.10, Johor 1.07, Melaka 1.06, Pahang 1.06 dan Terengganu 1.05.

Empat negeri mencatat kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan iaitu Selangor 0.99, Kuala Lumpur 0.96, Negeri Sembilan 0.95 dan Putrajaya 0.91.

Labuan pula mencatat lima kes baharu.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment