AS cadang suntikan penggalak

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk memberikan suntikan penggalak Covid-19 atau booster shot pada September ini dalam usaha membendung penularan varian Delta.

Berdasarkan perancangan yang digariskan, booster shot itu akan diberikan lapan bulan selepas suntikan kedua vaksin Pfizer atau Moderna.

Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), Dr Rochelle Walensky, berkata matlamat utama booster shot adalah untuk menyelamatkan nyawa dan membendung penularan yang lebih serius.

“Data yang akan diterbitkan hari ini dan minggu hadapan bakal menyaksikan keberkesanan vaksin terhadap jangkitan SARS-CoV-2 semakin menurun.

“Walaupun vaksin ketika ini terbukti berkesan mencegah kes di hospital, kita juga menyaksikan bukti penurunan keberkesanan dari semasa ke semasa dan terhadap varian Delta,” kata Walensky.

Katanya, penerima suntikan tunggal seperti Johnson & Johnson juga mungkin memerlukan booster shot.

Bagaimanapun, keputusan pemberian suntikan penggalak adalah berdasarkan keputusan penilaian Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) terhadap keberkesanan dan keselamatannya.

Related posts

Leave a Comment