Saifuddin, Dr Zaliha kini Naib Presiden PKR

SEPANG  6 Jun – Mesyuarat Biro Politik PKR hari ini melantik Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Dr Zaliha Mustafa sebagai Naib Presiden PKR yang baharu. Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat. Saifuddin Nasution juga adalah Menteri Dalam Negeri manakala Dr Zaliha pula Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR dan Pengerusi PKR Johor. PKR ketika ini mempunyai empat Naib Presiden iaitu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Besar…

Read More

UMNO Negeri Sembilan sudah ada senarai

JELEBU 6 Jun  – UMNO Negeri Sembilan sudah mempunyai senarai nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 tidak lama lagi dengan menggabungkan muka lama dan baharu dengan pelbagai latar bidang pendidikan. Pengerusinya,  Jalaluddin Alias, berkata senarai itu yang turut melibatkan orang muda dan wanita akan diserahkan kepada Presiden, Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk diperhalusi dan dipersetujui. “Barisan Nasional (BN) akan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan pembahagian kerusi turut membabitkan parti komponen MCA dan MIC. “Bagaimanapun, pembahagian kerusi berkaitan akan diputuskan pada…

Read More

FIFA benarkan bawa sebotol air

MEXICO CITY – Penyokong yang menghadiri perlawanan Piala Dunia di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada boleh membawa masuk sebotol air pakai buang ke dalam stadium dengan beberapa syarat keselamatan yang ketat. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dalam kenyataan terbaharu memaklumkan, hanya botol plastik lembut berkapasiti maksimum 590 mililiter dan masih berpenutup dibenarkan memasuki venue. Ketua Pegawai Operasi FIFA, Heimo Schirgi berkata, botol keras serta botol guna semula kekal dilarang atas pertimbangan keselamatan. Katanya , sekatan itu dibuat kerana botol berpotensi menjadi objek berbahaya sekiranya dibaling di dalam stadium ketika perlawanan…

Read More

Kes campak di AS melepasi 2,000

LOS ANGELES – Buat tahun kedua berturut-turut, kes campak di Amerika Syarikat (AS) melepasi 2,000 kes dengan jumlah setakat ini sebanyak 2,030 kes. Menurut data dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, sebanyak 30 wabak baharu pada 2026, dengan 93 peratus daripada keseluruhan kes disahkan dikaitkan dengan wabak.  Dalam kenyataan media, CDC memaklumkan, kira-kira 72 peratus kes melibatkan individu berusia bawah 20 tahun. Kadar kemasukan ke hospital dicatatkan sekitar enam peratus pada 2026, menurun daripada 11 peratus pada 2025. Tahun lalu, AS merekodkan sebanyak 2,288 kes campak disahkan, jumlah…

Read More