Di mana sahaja ada risiko

GENEVA : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan tiada penyebaran atau kluster Covid-19 di ibu pejabat agensi kesihatan dunia itu, kata Pengarah Program Kecemasan WHO, Dr Michael Ryan.

“WHO kekal berwaspada ketika ini,” katanya pada pada sidang media di ibu pejabat WHO pada Isnin 2 November (waktu Geneva)

Katanya, pemeriksaan suhu dilakukan semasa tiba di bangunan, pengisytiharan diri mengenai status kesihatan setiap hari untuk semua kakitangan dan mekanisme tindak balas segera, sekiranya seseorang jatuh sakit di rumah atau di pejabat.

Beliau bagaimanapun memberi amaran bahawa tiada persekitaran mana pun di dunia ini yang tidak mempunyai risiko.

“Ini bukan situasi berisiko sifar. Kami telah mengatakannya berulang kali. Sekarang ini, tidak ada persekitaran di dunia ini tanpa risiko. Kami percaya telah menerapkan langkah-langkah pengurusan risiko yang sesuai dan tegas,” katanya.

Ketua Teknikal WHO Pandemik COVID-19, Maria Van Kerkhove dalam pada itu mengesahkan agensi berkenaan sedang mengesan semua kes dalam kalangan kakitangannya serta melakukan pengesanan kontak rapat.

Sebelum itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus disahkan mempunyai kontak rapat dengan individu dijangkiti virus itu dan kini menjalani kuarantin.

Tedros yang biasanya mempengerusikan sidang media dan menyampaikan ucapan pembukaan setiap kali mengetuai sidang akbar itu bersama Dr Michael Ryan dan Maria Van Kerkhove kali ini muncul melalui sidang video di luar ibu pejabat WHO.

Ibu pejabat agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu juga telah meningkatkan langkah keselamatan untuk mengekang virus.

Related posts

Leave a Comment