Delta: Banyak kanak-kanak terdedah

PAKAR penyakit berjangkit, Dr Anthony Fauci menjangkakan Amerika Syarikat (AS) bakal menyaksikan lebih ramai kanak-kanak dijangkiti Covid-19.

Jangkaan itu susulan penularan varian Delta yang lebih cepat menular yang kini dilaporkan di 117 negara di seluruh dunia.

Bagaimanapun, ia masih belum jelas sama ada kanak-kanak yang dijangkiti varian Delta akan menyebabkan komplikasi terhadap golongan ini.

“Varian Delta ini lebih pantas menular berbanding Alpha. Oleh sebab itu, jangkitan dalam kalangan kanak-kanak dijangka akan meningkat dan walaupun mereka dalam golongan peratusan kecil, namun peratus itu bakal menyaksikan mereka perlu menerima rawatan di hospital,” katanya.

Beberapa kajian antarabangsa turut mendapati varian Delta menyebabkan komplikasi teruk dalam kalangan golongan dewasa

Justeru itu, langkah terbaik bagi melindungi golongan yang belum menerima suntikan vaksin ini adalah dengan memastikan ibu bapa mereka sudah divaksinasi.

Related posts

Leave a Comment