Thailand catat kes tertinggi

BANGKOK 4 Ogos – Thailand merekodkan kes harian Covid-19 dan kematian tertinggi hari ini apabila mencatatkan 20,200 kes dan 188 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Rekod kes tertinggi sebelum ini adalah 18,912 pada 31 Julai lalu dengan 178 kematian.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 672,385 kes dan 5,503 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada jumlah kes itu, 20,013 melibatkan orang awam termasuk 21 kes import dan bakinya 187 banduan.

Jumlah pesakit sembuh juga dilaporkan meningkat apabila 17,975 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 455,806 orang pulih.

Bangkok mendahului dengan merekodkan kes harian tertinggi iaitu 4,118, Chonburi 1,678, Samut Sakhon 1,294 dan Samut Prakan 945.

Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga pandemik, terdapat 643,522 orang pesakit di mana 428,380 sembuh dan 5,409 kematian.

Dan sejak bermulanya pandemik ini awal tahun lalu, sebanyak 672,385 kes dilaporkan dengan 455,806 sembuh dan 5,503 kematian.

Related posts

Leave a Comment