Lebih 4.1 bilion dos disuntik

LEBIH 4.141 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.68 bilion dos diikuti India dengan 478 juta dos dan Amerika Syarikat lebih 346 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil manakala Jerman menghampiri jumlah tersebut.

United Kingdom dan Jepun pula melebihi 86 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 69 juta, diikuti Malaysia sebanyak 21 juta dos, Filipina lebih 20 juta dos, Thailand lebih 18 juta dos dan Singapura dengan lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment