7,342 kes baharu di Filipina

MANILA 4 Ogos – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 7,342 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 1,619,824 orang.

Pada masa yang sama sehingga pukul 4 petang ini, 90 lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah pesaki meninggal dunia seramai 28,231 orang.

Bagaimanapun, jumlah kes sembuh juga meningkat apabila 7,285 orang pesakit dilaporkan sembuh yang menjadikan jumlah kumulatif 1,528,422 atau 94.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kes aktif pula adalah 63,171

Related posts

Leave a Comment