PUTRAJAYA 30 Julai – Sebanyak 556,404 dos diagihkan kepada penerima yang layak di seluruh negara, semalam, angka tertinggi berbanding 552,701 dos yang diberikan kelmarin. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) menjelaskan sebanyak 343,530 terdiri daripada dos pertama, manakala 22,874 ialah dos kedua. Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsan (PICK) dilaksanakan pada 23 Februari lalu, sebanyak 19,502,452 dos vaksin diberikan kepada penerima yang layak. Berdasarkan jumlah keseluruhan itu, sebanyak 13,148,742 meliputi dos pertama, manakala 6,317,710 ialah dos kedua. Ini bermakna jumlah pemberian dos kedua vaksin di seluruh negara setakat semalam mewakili…
Read MoreMonth: July 2021
Delta cetus gelombang keempat
KAHERAH: Varian Delta mencetuskan gelombang keempat penularan di Asia Barat yang masih mencatat kadar vaksinasi rendah, kata Pengarah Rantau Mediterranean Timur Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Ahmed al-Mandhari. Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, strain yang memiliki kebolehjangkitan tinggi yang tercetus di India itu, telah dikesan di 15 daripada 22 negara dan wilayah bawah pemantauannya, dari Maghribi hinggalah ke Pakistan. “Perebakan varian Delta telah memacu lonjakan kes dan kematian akibat Covid-19 di semakin banyak negara dalam rantau Mediterranean Timur WHO. “Sebahagian besar kes baharu dan pesakit dimasukkan ke hospital membabitkan mereka…
Read MoreMaro …adab
KOSMORAMA yang tua dihormati, yang muda takde adab elok dimaki.
Read MoreKadar kebolehjangkitan turun
PUTRAJAYA 30 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan iaitu 1.15 berbanding 1.16 pada hari sebelumnya, Rabu. Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan dengan Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.36. Ini diikuti Kelantan 1.27, Sabah 1.22, Kedah 1.21, Pulau Pinang 1.18, Johor 1.18, Perak 1.18, dan Pahang serta Putrajaya masing-masing 1.15 Seterusnya, Kuala Lumpur 1.14, Selangor 1.10, Sarawak 1.07, Melaka 1.04, Negeri Sembilan 0.91, Labuan 0.68 dan Perlis mencatatkan 10 kes. Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada…
Read MoreArahan baharu jika belum vaksin
PENJAWAT awam di Amerika Syarikat (AS) perlu membuktikan mereka sudah divaksinasi, dan jika belum, wajib melakukan beberapa perkara termasuk mengenakan pelitup muka dan menjalani ujian saringan setiap minggu. Itu peraturan baharu yang diumumkan Presiden Joe Biden terhadap penjawat awam dan kontraktor selepas AS terus mencatatkan peningkatan kes dan kadar kematian terutamanya dalam kalangan mereka yang belum menerima vaksin. Jelas Biden, peraturan baharu lebih ketat itu adalah bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan petugas pentadbiran awam meningkat dan dijadikan sebagai teladan kepada syarikat swasta. Dan dengan keputusan itu, semua petugas sektor…
Read MoreBerita pilihan…
Separuh penduduk Myanmar terancam
BRITAIN memberi amaran, separuh daripada 54 juta penduduk Myanmar yang sedang dalam krisis berdepan risiko dijangkiti Covid-19 dalam tempoh dua minggu. Amaran ini dinyatakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan yang membincangkan situasi di Myanmar. Duta Britain ke PBB, Barbara Woodward mendesak badan dunia itu memastikan pelaksanaan Resolusi 2565, yang menuntut gencatan senjata di zon konflik. Ini bagi membolehkan penghantaran vaksin Covid-19 dengan selamat. Myanmar berada dalam krisis sejak junta tentera merampas kuasa pada Februari. Ketika ini kebanyakkan hospital tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk…
Read More3.95 bilion dos vaksin disuntik
LEBIH 3.95 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis, demikian menurut data Johns Hopkins University. China mendahului dengan lebih 1.58 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan. diikuti India dengan 446 juta dos dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 342 juta dos. Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos. Jepun merekodkan lebih 81 juta dos sementara Perancis lebih 69 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 65.4 juta, diikuti Malaysia dengan…
Read MoreMedia Hari Ini 30.07.2021
1,289 kes jangkitan baharu di Saudi
RIYADH 29 Julai – Makkah mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi dengan 260 kes diikuti Riyadh 253, daerah Timur 220 dan Jazan 100 kes Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,289 kes jangkitan baharu dilaporkan dengan 12 kematian. Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 523,397 dan 8,212 kematian. Kes aktif yang direkodkan adalah 11,358 kes dan 1,395 pesakit adalah dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan setakat Khamis, sebanyak 26 juta dos vaksin sudah disuntik. (foto hiasan)
Read More