Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 30 Julai – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan iaitu 1.15 berbanding 1.16 pada hari sebelumnya, Rabu.

Sembilan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan dengan Terengganu mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.36.

Ini diikuti Kelantan 1.27, Sabah 1.22, Kedah 1.21, Pulau Pinang 1.18, Johor 1.18, Perak 1.18, dan Pahang serta Putrajaya masing-masing 1.15

Seterusnya, Kuala Lumpur 1.14, Selangor 1.10, Sarawak 1.07, Melaka 1.04, Negeri Sembilan 0.91, Labuan 0.68 dan Perlis mencatatkan 10 kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment