Separuh penduduk Myanmar terancam

BRITAIN memberi amaran, separuh daripada 54 juta penduduk Myanmar yang sedang dalam krisis berdepan risiko dijangkiti Covid-19 dalam tempoh dua minggu.

Amaran ini dinyatakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika Mesyuarat Majlis Keselamatan yang membincangkan situasi di Myanmar.

Duta Britain ke PBB, Barbara Woodward mendesak badan dunia itu memastikan pelaksanaan Resolusi 2565, yang menuntut gencatan senjata di zon konflik.

Ini bagi membolehkan penghantaran vaksin Covid-19 dengan selamat.

Myanmar berada dalam krisis sejak junta tentera merampas kuasa pada Februari.

Ketika ini kebanyakkan hospital tidak mempunyai peralatan yang mencukupi untuk merawat kes Covid-19.

Ini diburukkan lagi dengan pertambahan kes, selepas petugas kesihatan menyertai protes anti junta.

PBB menganggarkan hanya 40 peratus kemudahan kesihatan Myanmar berfungsi ketika ini.

Rabu lalu, 28 Julai, Myanmar merekodkan hampir 5,000 kes harian manakala jumlah penduduk yang divaksin pula hanya sekitar 1.75 juta orang.

Related posts

Leave a Comment