3.95 bilion dos vaksin disuntik

LEBIH 3.95 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Khamis, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.58 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

diikuti India dengan 446 juta dos dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 342 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun merekodkan lebih 81 juta dos sementara Perancis lebih 69 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 65.4 juta, diikuti Malaysia dengan 18.94 juta dos.

Filipina pula merekodkan lebih 17 juta dos dan Thailand lebih 15 juta dos sementara

Singapura dengan lebih 7 juta dos didaftarkan.

Related posts

Leave a Comment