Lebih 4 bilion dos disuntik

LEBIH 4.038 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi ini, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.6 bilion dos vaksin diikuti India dengan 456 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat sebanyak lebih 343 juta dos.

Brazil pula mencatatkan lebih 100 juta dos, manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos.

Jepun pula merekodkan lebih 85 juta dos dan Perancis lebih 70 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 67 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Malaysia telah mendaftarkan sebanyak 19.5 juta dos, manakala Filipina lebih 19 juta dos diikuti Thailand lebih 17 juta dos.

Singapura pula merekodkan lebih 7 juta dos.

Related posts

Leave a Comment