16.9 juta dos vaksin disuntik

PUTRAJAYA 25 Julai – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari lalu, merekodkan agihan vaksin sebanyak 16,904,896 dos suntikan di seluruh negara, setakat tengah malam tadi.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata, jumlah keseluruhan populasi yang melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,397,826 sementara 11,507,070 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin.

Selangor,  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 1,597,181 dos kedua disuntik manakala Sarawak merekodkan 1,118,715 doa kedua.

Sementara itu hampir sejuta warga emas telah menerima vaksin Covid-19 menerusi PICK) masing-masing sekurang-kurangnya satu dos.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Rina Harun berkata, berdasarkan data daripada Jabatan Perangkaan Negara, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas adalah seramai 3.5 juta orang..

Related posts

Leave a Comment