Jentera pilihan raya Pas tidak bantu Bersatu

MARANG 26 Jun – Susulan pembatalan kerjasama politik, jentera pilihan raya Pas tidak akan membantu calon daripada Bersatu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor bulan depan.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, menegaskan semua jentera parti akan bergerak berasingan, walaupun parti itu mendesak untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

“Walaupun Bersatu belum dipecat daripada gabungan PN tetapi jentera kempen kedua-dua parti itu akan bergerak secara berasingan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.

Pas hanya meletakkan calonnya untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN), manakala Bersatu bertanding di 16 kerusi, lima kerusi untuk Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) satu kerusi.

Dalam pada itu, beliau berkata paling utama parti pemerintah Johor diterajui orang Islam dan bukannya dikuasai puak bukan Islam dan liberal.

Dengan sasaran Pas mencipta kemenangan di semua kerusi ditandingi, Pas akan menjadi pembangkang dan penasihat kerajaan selepas pilihan raya itu.

“Kita hendak orang Islam yang menerajui pemerintahan di Johor dan Pas akan menasihatkan kerajaan negeri itu,” katanya yang turut mengesahkan akan menyertai kempen seperti jadual ditetapkan Pas negeri di DUN Maharani dalam Parlimen Muar.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment