Malaysia hampiri kelompok 1 juta kes

KETIKA dunia merekodkan 193.6 juta kes jangkitan Covid-19, MALAYSIA semakin menghampiri kelompok negara yang telah mencatatkan satu juta kes apabila jumlah keseluruhan kes sehingga semalam mencecah 996,393 kes.

Ketika ini sebelas negara iaitu Netherlands, Czechia, Chile, Iraq, Filipina, Kanada, Bangladesh, Belgium, Sweden, Romania dan Pakistan telah pun mencapai angka satu juta kes.

Turut bersama mengiringi Malaysia adalah Portugal yang merekodkan 950,434 diikuti Jepun, Israel dan Hungary yang ketika ini merekodkan lebih 800,000 kes.

Berdasarkan jumlah kes yang direkodkan sejak kebelakangan ini, pencapaian  satu juta dijangka menjadi kenyataan hari ini.

Ketika ini jumlah  kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia merekodkan 193,633,246 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 4.1 juta atau 4,151,311 .

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan setakat pukul 10 pagi ini (waktu Malaysia) menunjukkan Amerika Syarikat (AS) masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34.4 juta kes dan 610,833 kematian.

Ini diikuti India dengan lebih 31.3 juta kes dan 420,016 kematian diikuti Brazil dengan 19.6 juta kes dan 549,448 kematian.

Angka itu disusuli Perancis yang merekodkan 6 juta kes bersama Rusia tetapi Rusia merekodkan kematian lebih tinggi iaitu 150,583 manakala Perancis 111,800.

United Kingdom (UK) dan Turki pula berkongsi angka lima juta di mana UK merekodkan 5.6 juta dengan 129,416 manakala Turki 5.5 juta dan 50,821 kematian.

Empat negara Argentina, Colombia, Itali dan Sepanyol merekodkan lebih 4 juta kes dengan Itali mendahului jumlah kematian sebanyak 127,942 diikuti Colombia 118,538,

Argentina 103,584 dan Sepanyol 81,221.Sepanyol pula mencatatkan lebih 4 juta kes.

Merekodkan lebih 3 juta kes pula adalah Iran dan Indonesia yang masing-masing mencatatkan 3,664,286 dengan 88,532 kematian dan 3,127,826 kes dan 82,013 kematian.

Negara yang mencatatkan lebih dua juta kes adalah Poland, Mexico, Afrika Selatan, Ukraine dan Peru

Related posts

Leave a Comment