Ibadah umrah disambung semula

MAKKAH 25 Julai – Selepas lebih dua minggu ditutup bagi membolehkan persiapan menyambut jemaah haji, mulai awal pagi Ahad, jemaah umrah mula memasuki Masjidilharam  yang dibuka semula  untuk menunaikan ibadah itu.

Menurut laporan Saudi Press Agency kehadiran jemaah umrah juga dipantau dengan menetapkan pintu masuk tertentu bagi memastikan langkah-langkah pematuhan peraturan yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Pihak pengurusan Masjidilharam bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan ibadah berjalan lancar.

Pada musim haji tahun ini, Makkah menerima kehadiran 58,518 jemaah yang terdiri  daripada 33,518 jemaah warganegara Arab Saudi dan 25,000 ekspatriat dari 150 negara yang berada di negara itu.

Related posts

Leave a Comment