Indonesia lanjut PPKM Darurat

JAKARTA 25 Julai – Indonesia melanjutkan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) Level 4 bermula 26 Julai sehingga 2 Ogos ketika kes jangkitan mula menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini. “Saya memutuskan untuk melanjutkan penerapan PPKM level 4 dari tanggal 26 Juli sampai dengan 2 Agustus 2021,” katanya dalam satu pengumuman di Istana Merdeka, Kompleks Istana Kepresidenan petang ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek kesihatan , ekonomi, dan sosial. Namun, pemerintah akan melakukan beberapa penyesuaian berkaitan aktiviti  termasuk ekonomi yang dilakukan secara bertahap. “Pertimbangan aspek kesihatan…

Read More

Kelantan bimbang Beta, Delta

TANAH MERAH 25 Julai – Kelantan turut bimbang dengan kehadiran varian baharu dalam masyarakat selepas merekodkan 24 kes varian Beta dan satu kes varian Delta setakat ini. Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin, berkata satu kes varian Delta dikesan di Pasir Puteh dan terdapat 74 sampel lagi yang diambil serta dihantar ke makmal untuk diuji. Keputusan sampel berkenaan dijangka diketahui dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi. “Nasihat saya kepada semua masyarakat supaya berhati-hati dan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerana varian baharu ini seperti yang diumumkan…

Read More

Varian Delta di Sarawak catat 93 kes

KUCHING 25 Julai – Jangkitan varian Delta Covid-19 semakin membimbangkan di Sarawak, apabila  93 kes direkodkan dalam tempoh Mei sehingga Julai ini, kata Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Mohamed Sapian Mohamed. Kes  paling banyak dikesan di Kuching iaitu 69 kes, diikuti Samarahan (10 kes), Serian (enam kes), Sri Aman (lima), Miri (dua) dan Sibu (satu). Daripada jumlah itu, satu adalah kes import A, empat kes import B dari Semenanjung, lapan kes dikesan dalam kalangan tahanan polis dan imigresen di Kuching, Sri Aman dan Serian manakala selebihnya kes jangkitan tempatan. Dalam kenyataan, hari…

Read More

Dua rekod pandemik Covid-19 negara

PUTRAJAYA 25 Julai – Dua rekod baharu Covid-19 hari ini – jumlah kes harian tertinggi dan jumlah keseluruhan yang mencecah satu juta kes. Jumlah kes harian yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 17,045, satu lonjakan jika di bandingkan dengan 15,092 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada satu juta atau lebih tepat 1,013,438 kes dengan kes aktif 160,903. Daripada 17,039 kes tempatan, sebanyak 13,169 melibatkan warganegara (77.3%) dan 3,870 bukan warganegara (22.7%) manakala enam kes import melibatkan empat warganegara dan dua bukan warganegara. Seramai 92 pesakit Covid-19 meninggal…

Read More

Ramai lagi langgar SOP

KUALA LUMPUR 25 Julai  – Hampir 500 individu dan 50 premis didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam, kata Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob. Katanya, seramai 482 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP, dengan 457 individu dikompaun, manakala 11 lagi direman dan 14 dijamin. Katanya, sebanyak 49 premis merangkumi kilang, perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup semalam kerana melanggar SOP kawalan penularan Covid-19. Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, tangkapan dan arahan tutup hasil pemantauan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang melaksanakan 82,249 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di…

Read More

29 lagi lokaliti dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR 25 Julai – Sebanyak 29 lokaliti di lima negeri iaitu Kelantan, Perak, Terengganu, Kedah dan Sabah dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula Selasa ini. Selain itu, pelaksanaan PKPD di sembilan lokaliti di Sabah dan Selangor akan ditamatkan, manakala satu PKPD di sebuah kampung di Kelantan akan dilanjutkan. Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata semua lokaliti itu dikenakan PKPD selama 14 hari hingga 9 Ogos depan, setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan berkenaan. Ismail Sabri berkata, antara lokaliti dikenakan PKPD adalah…

Read More

Kes harian Kedah lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 25 Julai – Kedah akhirnya mencatatkan angka empat digit dengan merekodkan 1,216 kes jangkitan Covid-19, menjadi negeri ketiga melebihi 1,000 kes harian selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Selangor terus menambah jumlah kes dengan 8,500 berbanding 7,351 yang direkodkan semalam sementara Kuala Lumpur yang mencatatkan 2,406 semalam menunjukkan sedikit penurunan iaitu 2,045 kes. Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 10,545 kes kepada jumlah keseluruhan kes harian negara hari ini yang melonjak kepada 17,045. Pada masa yang sama, beberapa negeri lain turut membantu peningkatan kes di peringkat kebangsaan…

Read More

125 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 25 Julai – Sebanyak 125 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini yang meliputi 117 kes dalam masyarakat dan lapan kes import menjadikan jumlah keseluruhan 64,179 kes. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya memaklumkan, 46 kes dalam masyarakat berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan lima lagi ada kaitan dengan kluster KTV. Daripada 117 kes, 43 kes berhubung kait dengan kes terdahulu dan dikenakan kuarantin, 36 pula berhubung kait kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan dan baki 38 tiada kaitan setakat ini. Terdapat dua kes warga emas berusia…

Read More

Filipina lapor 5,479 kes baharu

MANILA 25 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,479 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,548,755. Sehingga pukul 4 petang ini sebanyak 5,573 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 1,467,269 orang atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih. Jumlah kematian pula meningkat kepada 27,224 orang apabila 93 lagi dilaporkan meninggal dunia. Sementara itu kes aktif yang dilaporkan adalah 54,262 atau 3.5 peratus.

Read More

Thailand catat kes tertinggi

BANGKOK 25 Julai – Selepas merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 pada Jumaat, Thailand hari ini ‘memperbaharui’ rekod tersebut dengan catatan 15,335 kes berbanding 14,575 sebelum ini. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 14,694 kes melibatkan penduduk awam termasuk 19 kes import dan 641 dalam kalangan banduan di penjara. Bangkok terus mendahului dengan 2,700 kes manakala lima wilayah berdekatan iaitu Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Samut Sakhon and Nakhon Pathom merekodkan 3,369 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 4,059 apabila 129 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia manakala kes sembuh pula meningkat kepada 334,693…

Read More