Bersama umum 15 calon pelbagai kaum

JOHOR BAHRU 26 Jun – Parti Bersama Malaysia (Bersama) hari ini mengumumkan senarai 15 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor yang ditetapkan 11 Julai ini. Pengumuman dibuat oleh presiden parti itu, Syukri Razab pada Majlis Pengumuman Calon Bersama dan Pelancaran Trak Kancil PRN Johor, di Kampung Baru Majidee, dekat sini malam ini. Pemimpin Bersama,  Rafizi Ramli berkata, barisan calon yang dipilih telah melalui proses saringan yang ketat dan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk aktivis kemasyarakatan, usahawan, doktor, arkitek serta peguam. “Individu yang…

Read More

Keluar parti hak individu

KUALA LUMPUR 26 Jun – Barisan Nasional (BN) menghormati pendirian mana-mana pemimpin dalam membuat keputusan termasuk mereka yang bertindak keluar parti menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor pada 11 Julai ini. Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu merupakan hak individu berkenaan, namun parti amat menghargai dukungan ahli baharu dan lama kepada kepimpinan BN Johor di bawah  Onn Hafiz Ghazi. .”..yang penting adalah memberikan sokongan kepada semua 56 calon Barisan Nasional untuk PRN Johor nanti,” kata Presiden UMNO itu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Karate…

Read More

Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

PUTRAJAYA 26 Jun  – Mulai 1 Ogos depan, Jemaah Menteri bersetuju Hari Bekerja Hibrid (HBH) dilaksanakan sebagai norma baharu dalam perkhidmatan awam. HBH membolehkan penjawat awam bekerja dua hari di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan oleh Ketua Jabatan, dan tiga hari di pejabat, tertakluk kepada keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi serta syarat ditetapkan. Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pelaksanaan itu akan menggantikan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) Konflik Asia Barat yang sedang berkuat kuasa. “Penjawat awam boleh bekerja dua hari di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan oleh Ketua Jabatan,…

Read More

Tubuh segera RCI Rohingya – PEMENANG

SEPANG 26 Jun – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengulangi gesaan supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh isu pelarian Rohingya yang didakwa semakin kompleks serta berpotensi memberi kesan terhadap keselamatan dan kedaulatan negara. Presidennya, Mohd Yussof Latiff, berkata penubuhan RCI adalah langkah paling wajar bagi merungkai pelbagai persoalan berhubung pengurusan pelarian Rohingya, termasuk dakwaan berhubung penyelewengan bantuan, sindiket yang mengambil kesempatan serta kelemahan dalam aspek penguatkuasaan. Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, isu tersebut tidak boleh lagi dipandang ringan memandangkan jumlah pelarian yang semakin meningkat turut…

Read More

Jentera pilihan raya Pas tidak bantu Bersatu

MARANG 26 Jun – Susulan pembatalan kerjasama politik, jentera pilihan raya Pas tidak akan membantu calon daripada Bersatu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor bulan depan. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, menegaskan semua jentera parti akan bergerak berasingan, walaupun parti itu mendesak untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN). “Walaupun Bersatu belum dipecat daripada gabungan PN tetapi jentera kempen kedua-dua parti itu akan bergerak secara berasingan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusila, di sini hari ini. Pas hanya meletakkan calonnya untuk bertanding di 11…

Read More

Jemaah haji pakej Andalusia berpuas hati

SEPANG 26 Jun – Kebanyakan jemaah haji yang mengikuti pakej ditawarkan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan susulan pelbagai penambahbaikan sepanjang tempoh operasi haji, tahun ini. Penolong Pengurus Bahagian Haji Andalusia, Khairul Sani Zamberi berkata, pihaknya menerima maklum balas positif berhubung perkhidmatan yang diberikan sama ada oleh Andalusia, Tabung Haji (TH) mahupun pihak muassasah. Katanya, penambahbaikan yang dilakukan tahun ini memberi impak yang sangat positif kepada jemaah termasuk hampir 500 jemaah yang memilih pakej ditawarkan Andalusia sebagai salah satu Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang…

Read More

Rekod suhu panas di UK

LONDON – Gelombang haba melampau di United Kingdom memecah rekod suhu tertinggi sebanyak tiga  kali sehari. Menurut Jabatan Meteorologi UK (Met Office), suhu tertinggi mencecah 36.7°C direkodkan di Merryfield, Somerset, selepas bacaan sebelumnya 36.6°C di Yeovilton, yang turut mengatasi rekod terdahulu pada hari yang sama. Sebelum itu, suhu 36.4°C telah pun memecahkan rekod Jun, menjadikannya dua hari berturut-turut rekod baharu dicatatkan. Dalam pada itu, Met Office telah melanjutkan amaran merah cuaca panas melampau sehingga Jumaat bagi London dan beberapa kawasan di tenggara England, berikutan keadaan suhu tinggi yang semakin kritikal.…

Read More

Kes Ebola di Congo meningkat

KINSHASA –  Data rasmi kerajaan menunjukkan jumlah kes Ebola di Republik Demokratik Congo terus meningkat kepada 1,155 kes, termasuk 304 kematian. Angka tersebut merangkumi keseluruhan kes setakat Rabu, dengan 37 kes baharu dan lima kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya. Peningkatan kes ini didorong oleh penularan berterusan dalam komuniti, yang menunjukkan trend kenaikan dari minggu ke minggu. Wabak Ebola terus menjadi cabaran besar kepada pihak berkuasa kesihatan di negara tersebut, yang berdepan kesukaran mengawal penularan akibat faktor seperti mobiliti penduduk, kekangan logistik dan akses kepada rawatan. Kerajaan Congo bersama…

Read More