125 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 25 Julai – Sebanyak 125 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini yang meliputi 117 kes dalam masyarakat dan lapan kes import menjadikan jumlah keseluruhan 64,179 kes.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataannya memaklumkan, 46 kes dalam masyarakat berhubung kait dengan kluster Pelabuhan Perikanan Jurong dan lima lagi ada kaitan dengan kluster KTV.

Daripada 117 kes, 43 kes berhubung kait dengan kes terdahulu dan dikenakan kuarantin, 36 pula berhubung kait kes terdahulu dan dikesan menerusi pemantauan dan baki 38 tiada kaitan setakat ini.

Terdapat dua kes warga emas berusia 70 tahun keatas yang tidak divaksin atau belum divaksin sepenuhnya yang berkemungkinan menghadapi risiko yang teruk.

Sementara itu, lapan kes import sudahpun dikenakan notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Empat kes dikesan semasa ketibaan di sini manakala empat lagi jatuh sakit ketika menjalani SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment