Filipina lapor 5,479 kes baharu

MANILA 25 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 5,479 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,548,755.

Sehingga pukul 4 petang ini sebanyak 5,573 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 1,467,269 orang atau 94.7 peratus daripada keseluruhan kes telah pulih.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 27,224 orang apabila 93 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu kes aktif yang dilaporkan adalah 54,262 atau 3.5 peratus.

Related posts

Leave a Comment