Indonesia lanjut PPKM Darurat

JAKARTA 25 Julai – Indonesia melanjutkan Pemberlakukan Pembatasan Kegiatan Masyarakat Darurat (PPKM Darurat) Level 4 bermula 26 Julai sehingga 2 Ogos ketika kes jangkitan mula menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini.

“Saya memutuskan untuk melanjutkan penerapan PPKM level 4 dari tanggal 26 Juli sampai dengan 2 Agustus 2021,” katanya dalam satu pengumuman di Istana Merdeka, Kompleks Istana Kepresidenan petang ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai aspek kesihatan , ekonomi, dan sosial.

Namun, pemerintah akan melakukan beberapa penyesuaian berkaitan aktiviti  termasuk ekonomi yang dilakukan secara bertahap.

“Pertimbangan aspek kesihatan harus dihitung secara cermat dan pada saat yang sama, aspek sosial ekonomi masyarakat, khususnya pemenuhan keperluan hidup sehari-hari juga harus diutamakan ,” katanya.

Menurut Jokowi, sudah ada trend yang lebih baik dari sudut penyebaran kes tetapi semua pihak diseru supaya tetap berhati-hati dengan perkembangan tersebut.

PPKM Level 4 sejak 3 Julai sepatutnya berakhir hari ini.

Jokowi berkata, kerajaan akan secara beransur menyelaraskan beberapa sekatan dengan membenarkan pasar tradisional dan restoran dibuka semula namun dengan beberapa sekatan seperti 20 minit waktu makan.

Beberapa perniagaan seperti kedai pendandan rambut dan bengkel kenderaan juga dibenarkan dibuka semula.

Hari ini Indonesia merekodkan 38,679 kes dengan 1,266 kematian berbanding hari sebelumnya 45,416 dan 1,415 kematian.

Pada 23 Julai, Indonesia merekodkan 49,071 kes dan 1,566 kematian dilaporkan sementara 49,509 kes dan 1,449 kematian (22 Julai), 33,772 kes 1,383 kematian (21 Julai), 38,325 kes 1,280 kematian (20 Julai) dan pada 19 Julai merekodkan 34,257 kes 1,338 kematian.

Related posts

Leave a Comment