Thailand catat kes tertinggi

BANGKOK 25 Julai – Selepas merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 pada Jumaat, Thailand hari ini ‘memperbaharui’ rekod tersebut dengan catatan 15,335 kes berbanding 14,575 sebelum ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 14,694 kes melibatkan penduduk awam termasuk 19 kes import dan 641 dalam kalangan banduan di penjara.

Bangkok terus mendahului dengan 2,700 kes manakala lima wilayah berdekatan iaitu Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Samut Sakhon and Nakhon Pathom merekodkan 3,369 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 4,059 apabila 129 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia manakala kes sembuh pula meningkat kepada 334,693 selepas 6,904 pesakit dilaporkan sembuh hari ini.

Sejak gelombang ketiga bermula 1 April lalu, terdapat 468,439 pesakit Covid-19 di mana 307,267 dilaporkan pulih dan 3,965 kematian.

Dan sejak bermulanya pandemik pula, terdapat 497,302 pesakit dengan kes sembuh 334,693 dan 3,965 kematian.

Sementara itu, sebanyak 158,550 kes sedang mendapatkan rawatan.

Related posts

Leave a Comment