Kes di Filipina kini 1,517,903.

MANILA 20 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 4,516 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada 1,517,903.

Sebanyak 58 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan kematian menjadi  26,844 kes atau 1.77 peratus.

Bagi tempoh sehingga 4.18 petang ni, sebanyak 1,444,253 kes sembuh dilaporkan termasuk jumlah yang direkodkan hari ini 5,240 pesakit.

DoH juga melaporkan 46,806 kes aktif atau 3.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment