ARAB Saudi melaporkan 1,629 kes baharu Covid-19 dengan 26 kematian pada Khamis, 30 Julai 2020.
Ini menjadikan jumlah kes meningkat kepada 274,219 manakala jumlah kematian adalah 2,842.
Daripada jumlah kes baharu itu, 137 dicatatkan di Hufof, Riyadh 114, Dammam 66, Najran 63, Madinah 60 dan Makkah 47.
Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 231,198 setelah 2,629 lagi pesakit disahkan pulih.
Sebanyak 40,179 kes aktif di mana 2,044 kritikal.