424,936 dos direkodkan Isnin

PUTRAJAYA 20 Julai – Pemberian vaksin secara harian di negara ini semalam mencecah lebih 400,000 apabila 424,936 dos direkodkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Berdasarkan infografik, daripada jumlah itu, 282,106 adalah dos pertama dan 142,830 adalah dos kedua.

Secara keseluruhan sejak dilancarkan Februari lalu, Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK) sehingga semalam berjaya memvaksin lebih 14 juta rakyat Malaysia iaitu 14,772,221.

Daripada keseluruhan 14,772,221 dos vaksin, 10,097,841 adalah suntikan pertama dan 4,674,380 dos kedua.

Selangor dan Kuala Lumpur merekodkan penerima vaksin tertinggi dengan 5,290,903 membabitkan 4,011,599 dos pertama dan 1,279,304 dos kedua.

Ia disusuli oleh Sarawak sebanyak 2,512,405 membabitkan 1,579,474 dos suntikan pertama dan 932,931 dos kedua.

Johor dengan 1,077,731 dos membabitkan 697,388 dos suntikan pertama dan 380,343 dos kedua.

Labuan 104,127; Perlis 156,173; Negeri Sembilan 614,047, Melaka 370,679, Terengganu 416,898, Pahang 527,097, Kelantan 543,480, Perak 886,002, Pulau Pinang 741,848, Kedah 663,379 dan Sabah 867,452.

Bagi laporan harian pemberian vaksin, Selangor kekal menerima suntikan vaksin paling tinggi iaitu sebanyak 114,556 membabitkan 88,025 suntikan pertama dan 26,531 dos kedua.

Ia dikuti Kuala Lumpur dengan 80,357 iaitu 55,695 dos pertama dan 24,662 dos kedua, Sarawak 54,686 (16,128 dos pertama dan 38,558 dos kedua).

Related posts

Leave a Comment