25 juta dos tunggal ke Afrika

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyasarkan untuk menghantar 25 juta dos tunggal vaksin Covid-19 ke benua Afrika pada musim panas ini.

Penghantaran akan dibuat beberapa hari lagi dengan kerjasama Kesatuan Afrika.

Vaksin akan dihantar ke Habsyah, Djibouti dan Burkina Faso, hasil kerjasama AS dengan pakatan vaksin global COVAX.

Dengan sumbamgan ini, 49 negara di benua Afrika akan menjadi penerima.

Penghantaran ini sebahagian daripada komitmen 80 juta dos yang telah dijanjikan oleh Presiden Joe Biden.

Bagaimanapun ada bekalan yang lambat tiba gara-gara masalah logistik.

Setakat ini AS menghantar lebih daripada 53 juta dos vaksin Covid-19 ke lebih dari 30 negara dan wilayah.

Related posts

Leave a Comment